Select Page

Umum mengetahui etsy.com adalah satu platform jualan barangan hasil kreatif seperti kraftangan, poster dan sebagainya yang biasanya diusahakan oleh penjual Amerika dan seumpamanya. Barangan yang dihasilkan biasanya berbentuk fizikal dan perlu dihantar melalui pihak pos di sana.

Digital Print pula merupakan satu kategori yang wujud dalam etsy.com berkaitan dengan fail yang berformat digital. Ia sesuai dengan hasil kerja seperti poster dan sebagainya. Kos untuk memuatkan jualan poster digital ini hanya serendah $0.20 sahaja (kira-kira) RM0.90 sen setiap hasil karya dan mempunyai tamat tempohnya. Selain itu penjual tidak perlu pening dengan stok kerana jumlahnya boleh diset sendiri pada bahagian kuantiti fail.

Ambil satu kes studi penjual berikut Melinda Wood Design sebagai contoh yang mencipta rekaan Home Decor dengan konsep minimalis berserta rekaan garisan. Nampak mudah bukan?

Dengan purata jualan USD7 setiap hasil fail digital ini, lihatlah berapa banyak yang mereka peroleh. Jom analisa betapa mudahnya buat duit melalui etsy ini.

Jumlah jualan : 34,265 x purata setiap fail digital ($7) = 239,855
Tolak kos iklan dan memuat naik hasil karya (anggaran) = 6853 (kos muat naik) + anggaran iklan (4000) = 10,853

Jadi hasil yang mereka kumpul = 239,855 – 10,853 = 229,002

Setiap pembelian akan terus masuk ke akaun PayPal penjual maka jika ditukar ke Ringgit Malaysia (kira kira Rm1,011,833)

Keperluan mudah untuk membuat Shop sendiri di Etsy

Mulakan dengan konsep dahulu, tak perlu bercampur aduk, cukup dengan satu konsep minimalis contohnya. Seterusnya mengetahui saiz poster yang sesuai (ikut pada penjual dan shop yang lain).

Buat shop dahulu dan tetapkan user profile dan cover bersesuaian dengan konsep. Kemudian boleh masukkan poster-poster rekaan sendiri dan ikut pada spesifikasi yang ditetapkan atau tiru pengguna lain.

Digital print biasanya memerlukan penjual menetapkan jenis fail untuk senang dicetak oleh pembeli. Biasanya cukup dengan format .jpeg beresolusi tinggi. Juga boleh sertakan dengan fail pdf.

Pada pemaparan produk digital, amat sesuai penjual meletakkan hasil poster dengan memasukkan dalam ‘mock up’ poster sebagai contoh pemaparan hasil yang telah siap dicetak nanti. Terdapat banyak ‘mock up’ .psd poster dalam carian google.com. Klik sini

Berikut adalah hasil penulis dengan satu jenis poster terjual. Masih perlu ditambah lagi dan memerlukan kerajinan dan usaha yang berterusan. Perlu diingat terdapat ‘promote your listing’ iaitu iklan produk sendiri di etsy.com, tetapi iklan ini perlu dipantau selagi ia memberi jualan. Jika tiada jualan dan iklan terus berjalan, akaun anda akan dipenuhi dengan hutang iklan sahaja!

Mulai sekarang sudah boleh teroka etsy.com dengan kata carian ‘digital poster’ kaji dan tiruvasi poster yang mengguntungkan dan jangan tiru bulat-bulat

Facebook Comments
Shares